Petikan Artikel "Akhbar PancaIndera"
Ahad 31 Mei 2009
Hafiz memang layak Juara
Saya terpanggil untuk meluahkan
pandangan saya mengenai juara AF7, Hafiz.
Hafiz sememangnya layak menjadi juara
kerana pada pendapat saya dia mempunyai
suara yang merdu dan hebat. Ditambah pula
dengan sifatnya yang sentiasa merendah diri.
Sememangnya kita memerlukan bukan sekadar
bakat kerana peribadi seseorang artis itu juga penting
kerana mereka adalah idola yang sihat untuk para remaja.
Tidak dapat dinafikan pada konsert akhir AF7, Aril
dan Akim juga menunjukkan taraf sebagai penghibur
cuma perkara utama yang kita perlukan selepas bakat
adalah peribadi seseorang artis tersebut.
Jika bakat sahaja yang gah tetapi tidak menjaga
peribadi maka tidak akan ke mana artis tersebut.
Jadi adalah lebih mudah membentuk seseorang yang
memang baik peribadinya serta berbakat sebagai penghibur.
Pada saya, Akim memang hampir mencapai taraf
penghibur pada konsert akhir AF7 tetapi suaranya
pecah ketika menyanyikan lagu Faizal Tahir "Bencinta"
Sementara kekuatan vokal Aril tidak menyerlah dan
pancit seperti kata pengkritik Edrie Hashim.
Akhir sekali saya berharap pihak Asro dapat
mengeluarkan kompilasi lagu-lagu hafiz dalam
tempoh terdekat. Saya sudah pasti akan membelinya.
Semoga Hafiz terus berjaya dalam dunia seni yang
sangat mencabar. Nasihat saya jangan mudah berputus
asa dan jangan mudah terpengaruh dengan ansair yang
tidak baik. Sekian. Ikhlas: Zulaikkha, Petaling Jaya, Selangor.